Images
  • zai kuning

Zai Kuning pamerkan hasil seni bagi harumkan nama negara

SINGAPURA: Singapura mahu memastikan penyertaannya dalam acara Venice Biennale ke 57 tahun ini, terus menyerlah.

Untuk itu, seniman pelbagai disiplin, Zai Kuning akan mempamerkan hasil seninya di Itali kelak.

Diberi tajuk "Dapunta Hyang: Pancaran Pengetahuan", Zai menghasilkan sebuah kapal berukuran 17 meter panjang.

Ia melambangkan empayar Srivijaya yang berpengaruh di Asia Tenggara, berkurun lamanya.

Hasil seni tersebut yang dipamerkan di Astaka Singapura, ditaja Majlis Seni Kebangsaan dengan sokongan Kementerian MCCY.

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top