Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Yusry KRU, Lisa Surihani selamat timang anak lelaki

Pelakon wanita Lisa Surihani selamat melahirkan anak keduanya di Pusat Perubatan Pantai, jam 7.10 pagi tadi (23 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Yusry KRU, Lisa Surihani selamat timang anak lelaki

Lisa Surihani selamat melahirkan anak keduanya pada 7.10 pagi tadi (23 Apr). (Gambar: Yusry KRU/ Instagram)

Diterbitkan : 23 Apr 2017 02:51PM Dikemas Kini : 23 Apr 2017 02:57PM

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita Lisa Surihani selamat melahirkan anak keduanya di Pusat Perubatan Pantai, jam 7.10 pagi tadi (23 Apr).

Dalam catatan di laman Instagram milik suaminya, Yusry Abdul Halim mendedahkan: "Alhamdulillah. Lisa sudah selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi. Syukur alhamdulillah."

Dalam petikan laporan Berita Harian Malaysia (BHM) , Yusry yang juga pengarah dan komposer terkenal, berkata beliau bersyukur isteri dan bayi lelaki mereka, dalam keadaan sihat.

"Susah nak percaya. Tapi saya amat bersyukur dengan kurniaan indah ini. Saya dan Lisa dapat anak kedua dalam tempoh segera. Ketika mula mendapat tahu Lisa hamil, anak pertama (kami), Yahaira Leanne, belum cukup setahun. Sebelum ini, kami menunggu lama untuk mendapat bayi pertama.

"Lisa juga tidak berdepan dengan masalah ketika melahirkan anak kedua. Semuanya dipermudahkan," kata Yusry kepada BHM.

(Gambar: Jovian Mandagie/ Instagram)

Malah, Lisa juga turut gembira dengan kelahiran anak keduanya itu.

"Alhamdulillah, semua cukup manis untuk saya kenang. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan saya, anak dan keluarga kami. Yahaira sudah jadi kakak," katanya, seperti ditukil laporan BHM.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Mereka kemudian dikurniakan anak pertama pada Oktober 2015. 

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan