Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Yusof Haslam dimasukkan ke hospital selepas muntah-muntah

Pengarah Datuk Yusof Haslam, 63 tahun, dimasukkan ke Hospital KPJ Tawakkal sejak pagi Khamis (12 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Yusof Haslam dimasukkan ke hospital selepas muntah-muntah

Datuk Yusof Haslam dimasukkan ke hospital sejak pagi Khamis (12 Okt). (Gambar: Instagram/ Zed Zaidi)

Diterbitkan : 13 Oct 2017 03:28PM Dikemas Kini : 13 Oct 2017 03:34PM

PETALING JAYA: Pengarah Datuk Yusof Haslam, 63 tahun, dimasukkan ke Hospital KPJ Tawakkal sejak pagi Khamis (12 Okt).

Menurutnya, seperti dipetik Utusan Malaysia, beliau mula berasa tidak sihat sejak kelmarin dan disyaki mengalami keracunan makanan.

“Semalam (11 Okt) lagi saya sudah pergi ke klinik dan diberikan ubat. Masa itu selera makan sudah makin kurang. Pagi tadi (12 Okt) saya paksa juga diri untuk makan roti namun selepas makan, saya mula muntah-muntah dan terus ke hospital.

“Hari ini sahaja sudah beberapa kali saya muntah hingga membuatkan badan saya lemah,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Datuk Yusof, beliau tidak menolak kemungkinan faktor tekanan bekerja membuatkan badannya mula lemah.

“Sekarang memang saya sibuk dengan mengendalikan syarikat, buat program televisyen dan Syamsul pula sedang menjalani penggambaran filem Munafik 2.

“Jadi, ruang untuk saya berehat itu agak terhad,” katanya.

Bagaimanapun, dalam petikan laporan mStar hari ini, beliau berkata: "Saya sudah semakin baik, jangan risau. Alhamdulillah, hari ini rasa sihat... mungkin dapatlah keluar petang ini," ujarnya kepada mStar.

Menurut Datuk Yusof, ini adalah peringatan untuknya supaya tidak bekerja terlalu keras walaupun semangatnya masih membara.

“Selagi saya sihat, saya akan terus bekerja tetapi kena berjaga-jagalah supaya tidak memberi kesan tidak baik kepada kesihatan,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan