Images
  • Yuna Adam
    Yuna bersama buah hati, Adam Sinclair. (Gambar: Yuna/Instagram)

Yuna & Adam Sinclair makan 'nasi minyak' pada 1 Ogos?

KUALA LUMPUR: Yuna, penyanyi Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, dikatakan bakal bernikah pada bulan Ogos.

Menurut laman Utusan Online, Yuna bakal menamatkan saman bujangnya dengan Adam Sinclair pada 1 Ogos 2018.

Sebelum bernikah, Yuna yang masyhur dengan lagu Crush yang dinyanyikan secara duet bersama Usher, juga difahamkan akan mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya itu, yang juga adalah adik kepada pelakon Ashraf Sinclair bulan Oktober tahun ini.

Hubungan rapat Yuna dan Adam mula dihidu media sejak setahun lalu, lapor Utusan Online.

Pada bukan Disember 2016, Yuna akhirnya memuat naik gambar dirinya bersama Adam dengan berpakaian sedondon, menurut laman Malay Mail.

Pasangan berkenaan turut mengakui sedang proses mengenali hati budi masing-masing.


- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top