Images
  • ann
    Kelly Marie Tran. (Gambar: Gustavo Caballero/Getty Images/AFP)

Watak wanita utama akan diperkenalkan dalam "Star Wars: The Last Jedi"

ORLANDO, FLORIDA: Satu watak wanita penting akan diperkenalkan dalam filem kelapan Star Wars.

“Star Wars: The Last Jedi" dijadual akan ditayangkan di pawagam pada Disember ini dan menurut pengarah filem itu, Rian Johnson, ia masih dalam proses pos-penerbitan.

Kelly Marie Tran yang mendukung watak Rose, seorang pekerja penyenggaraan dalam pasukan Resistance berkata watak Rose menunjukkan bahawa sesiapa saja berupaya menjadi seorang wira. Menurut Johnson, watak Rose merupakan peranan baru paling besar dalam filem tersebut.

Syarikat penerbitan Lucasfilm juga akan menyiarkan secara langsung treler pertama filem tersebut di internet yang turut menampilkan watak Rey yang didukung Daisy Ridley, anak didik Luke Skywalker yang memberitahunya bahawa era Jedi akan berakhir.

Ridley ditampilkan dalam filem ketujuh Star Wars, “The Force Awakens” sebagai watak utama. Para peminat memang sudah sekian lama menjangkakan Lucasfilm akan memperkenalkan lebih ramai watak wanita.

Leia yang dipegang oleh Carrie Fisher merupakan antara watak asal yang disanjung ramai. Fisher yang meninggal dunia pada Disember lalu turut melakonkan beberapa adegan dalam filem kelapan itu.

- Reuters/hs

Komen Anda?

Top