Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Vokalis kugiran Padi mahu hijrah & jalani hidup sederhana

Vokalis kugiran popular Indonesia, Padi, menyuarakan hasrat untuk berhijrah dan menetap di kampung halaman beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Vokalis kugiran Padi mahu hijrah & jalani hidup sederhana

Andi Fadly Arifuddin, vokalis Padi. (Gambar: Instagram Andi Fadly Arifuddin)

Diterbitkan : 29 May 2017 12:26AM Dikemas Kini : 29 May 2017 12:38AM

INDONESIA: Vokalis kugiran popular Indonesia, Padi, menyuarakan hasrat untuk berhijrah dan menetap di kampung halaman beliau.

Malah menurut Fadly, beliau sudah berbincang dengan isteri dan anak-anak tentang niatnya itu.

"Niatnya sudah ada, saya sudah beritahu anak-isteri saya. Menikmati kehidupan di kota besar, moden, nanti kita hidup sederhana. Saya ingin hidup sederhana kerana saya masih seorang anak. Saya ingin berbakti kepada orang tua saya. Saya sejak tamat SMP sudah tidak serumah dengan ibu saya. Sudah cukup lama, 27 tahun," katanya seperti yang ditukil laman Merdeka.com.

Rancangan beliau untuk berhijrah dan menetap bersama ibu bapanya juga bukan kerana beliau sudah puas menikmati dunia.

"Duniawi dari dulu saya puas. Alhamdulillah, sama seperti yang saya bilang ke anak, jangan jatuh cinta sama dunia, dunia itu seperti seorang janda tua. Semua yang jatuh cinta pada dia pasti akan ditelan mati dan dia akan jadi janda lagi," kata Fadly.

Beliau menambah, dirinya, isteri dan anak-anak mahu berhijrah kerana mereka berasa sudah bersedia untuk menjalani kehidupan sederhana.

"Anak-anak saya sudah juga sudah bersedia. Saya cuma pesan satu perkara kepada anak saya, jangan terlalu cinta sama dunia. Ini cuma seperti pohon aja, singgah sebentar, tidur dan habis begitu saja. Mereka lebih fokus. Ya mudah-mudahan cita-citanya untuk menjadi guru tidak berubah. Saya dan keluarga mahu menubuhkan sebuah sekolah," ujar beliau.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan