Images
  • Vin Diesel
    (Gambar: Vin Diesel/Instagram)

Vin Diesel kagum, puji Ramadan; "mungkin tertarik untuk puasa"

BERITAMediacorp: Pelakon lasak Hollywood Vin Diesel melahirkan rasa kagum dan memuji bulan Ramadan dalam satu rakaman video yang dimuat naik online.

Menerusi rakaman video di laman Facebook The Australian Muslim itu, Vin Diesel berkata konsep bulan Ramadan begitu menakjubkan dan "mungkin bermanfaat dalam kehidupan sesiapa saja kerana dapat melalui pengalaman dan disiplin seumpama itu sepanjang bulan".

Beliau menambah berpuasa mungkin satu pengalaman yang berupaya mengembalikan ketenangan diri seseorang yang mengamalkannya.

Rakaman video yang sama turut menampilkan rakan Vin Diesel yang beragama Islam dan berpuasa.

Malah, pelakon utama filem Fast & Furious itu sempat berseloroh bahawa beliau mungkin tertarik untuk turut sama berpuasa.

Saksikan terus rakaman video berikut:


- BERITAMediacorp/nk

Komen Anda?

Top