Video pernikahan penyanyi jelita Raisa dengan Hamish Daud serlahkan keindahan, sangat menyentuh hati
Indah, penuh tradisi dan cukup menyentuh hati sehingga boleh bergenang air mata menyaksikannya.
BERITAMediacorp: Indah, penuh tradisi dan cukup menyentuh hati sehingga boleh bergenang air mata menyaksikannya.
Itulah yang boleh digambarkan mengenai majlis pernikahan penyanyi popular Indonesia, Raisa dan suaminya, Hamish Daud Wyllie, yang selamat diijabkabulkan pada Ahad (3 Sep).
Yang pasti, mereka yang menyaksikan penyatuan jiwa dua mempelai yang sama cantik dan sama padan ini tentu turut merasakan kebahagiaan di sekitar suasana majlis pernikahan mereka.
Turut dijalankan mengikut adat Sunda, upacara menjelang pernikahan juga diserikan dengan bunga-bunga indah dan diiringi bacaan doa bagi kesejahteraan mempelai.
Malah, kesyahduan suasana turut terasa menerusi titisan airmata kegembiraan oleh para hadirin semasa melihat keakraban Raisa dan ayahnya.
Dalam ungkapan ringkas yang disertakan dalam video berkenaan, ayah Raisa juga berkata, “Tidak banyak yang tahu di sini bahawa saya memanggil anak saya ini permata hati ayah. Ayah dan ibu berpesan, iringi langkahmu dengan cinta dan didampingi suamimu dengan cinta juga.”
Kemesraan antara ayah dan anak itu ternyata menyentuh perasaan ramai semasa ayahnya juga dilihat mendukungnya dengan penuh kegembiraan.
Ditambah dengan alunan muzik latar yang indah dan kecantikan Raisa, video pernikahan mereka bukan sahaja mencerminkan kebahagiaan antara dua keluarga, tetapi juga menyerlahkan kemanisan cinta antara pasangan yang baru bernikah itu.
Majlis pernikahan antara Raisa Andriana dan Hamish Daud berlangsung di Jimbaran Garden Ayana Midplaza Jakarta.
(Gambar-gambar: Raisa/Instagram)
Yang pasti, para peminat Raisa tentu tumpang gembira melihat penyanyi pujaan mereka disatukan dalam majlis yang indah dan penuh bermakna.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.