Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tyra Banks pengacara baru America's Got Talent

Peragawati terkenal Tyra Banks bakal membuat kemunculan semula di televisyen apabila dipilih sebagai hos rancangan America's Got Talent.

Anggaran Waktu Membaca:
Tyra Banks pengacara baru America's Got Talent

Peragawati terkenal Tyra Banks bakal membuat kemunculan semula di televisyen . (Gambar: Tyra Banks/ Facebook)

Diterbitkan : 14 Mar 2017 08:58AM Dikemas Kini : 14 Mar 2017 09:04AM

AMERIKA SYARIKAT: Peragawati terkenal Tyra Banks bakal membuat kemunculan semula di televisyen apabila dipilih sebagai hos rancangan America's Got Talent.

E! News melaporkan Tyra Banks akan memulakan tugasnya sebagai pengacara untuk musim ke-12 rancangan itu, menurut laporan mStar.

Beliau menggantikan pengacara terdahulu iaitu Nick Cannon yang sudah tujuh tahun mengendalikan America's Got Talent.

"Saya teruja dengan tugas baru ini dan berharap dapat berkongsi impian bersama peserta-peserta musim terbaharu itu nanti," katanya dalam satu kenyataan, yang dipetik dalam laporan mStar.

Sebelum ini, Tyra Banks terkenal menerusi program America's Next Top Model dan mempunyai rancangan bual bicaranya sendiri iaitu The Tyra Banks Show, menurut mStar.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan