Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tragedi Pusat Tahfiz: Aaron Aziz jalankan derma kilat, berjaya kumpul lebih RM8,000

Ini termasuklah bintang popular Singapura dan Malaysia, Aaron Aziz, yang menjalankan inisiatif pungutan derma kilat bersama kelab peminatnya, Aaronators FC untuk membantu keluarga-keluarga mangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Tragedi Pusat Tahfiz: Aaron Aziz jalankan derma kilat, berjaya kumpul lebih RM8,000

Aaron Aziz menyampaikan pungutan derma kepada pihak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. (Gambar: Facebook/ Aaron Aziz)

Diterbitkan : 20 Sep 2017 10:36PM Dikemas Kini : 20 Sep 2017 10:39PM

KUALA LUMPUR: Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 23 nyawa cukup memberi kesan orang ramai di merata dunia.

Ini termasuklah bintang popular Singapura dan Malaysia, Aaron Aziz, yang menjalankan inisiatif pungutan derma kilat bersama kelab peminatnya, Aaronators FC untuk membantu keluarga-keluarga mangsa.

Menurut catatan dan gambar yang dimuat naik Aaron di akaun Facebooknya, inisiatif itu berjaya memungut RM8,260 (S$2,700) dan sudah diberikan kepada pihak tahfiz tersebut.

"Alhamudillah. Amanah #projekdermakilataaronatorsfc selamat dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan, dari Singapura pun ada. Semoga usaha kami ini diterima ALLAH dan menjadi Saham buat Kita di Akhirat nanti," tulis Aaron dalam satu catatan di Facebook semalam (19 Sep).

"Semoga ustaz-ustaz dan anak anak Darul Quran Ittifaqiyah tabah dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin," tambah beliau.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan isterinya, Diyana Halik, kerana menjayakan usaha berkenaan.

ANAK-ANAK DARUL QURAN ITTIFAQIYAH PERNAH TERLIBAT DALAM PROJEK AARON

Menurut laporan Berita Harian Malaysia (BHM), Aaron memberitahu bahawa pelajar tahfiz itu pernah dua kali menyertai acara yang dianjurkannya termasuk program amal yang dikendalikan kelab peminatnya.

"Kali pertama mereka diundang membacakan doa selamat pada pembukaan kafe Kidz & Creme yang saya usahakan. Mereka juga menjayakan projek membantu mangsa banjir di Pahang yang dikendalikan kelab peminat saya.

"Selepas berlakunya tragedi menyayat hati, inilah bahagian kami untuk membantu mereka mengikut apa yang terdaya," katanya kepada BHM.

Aaron menambah bahawa kelab peminatnya sering menganjurkan program amal membantu golongan memerlukan.

"Ini umpama tradisi saya dan kelab peminat. Dalam kita bersuka ria, pasti ada yang berduka. Jika diikutkan, program seumpama ini sudah sering dianjurkan," katanya seperti ditukil BHM. 

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan