Images
  • tom cruise stunt
    (Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)

Tom Cruise cedera semasa lakukan aksi lompat bangunan bagi Mission: Impossible 6

LONDON: Tom Cruise dilihat berjalan dengan tempang dan seperti berada dalam kesakitan selepas gagal melaksanakan aksi semasa menjalani penggambaran Mission: Impossible 6 di London.

Pelakon 55 tahun itu sedang melompat antara dua bangunan dengan alat bantuan apabila beliau tidak sampai ke bumbung bangunan kedua dan merempuh terus bangunan tersebut.

Rakaman yang disebarkan itu turut menunjukkan Cruise tidak jejak ke lantai dengan betul sambil menggunakan tangannya sebagai bantuan.

Selepas berjaya menaikkan dirinya ke bumbung bangunan itu, Cruise turut dilihat berjalan tempang sebelum melutut berhampiran beberapa anggota kru penggambaran.


Tahap kecederaan Cruise masih belum dapat dipastikan.

Cruise sedang menjalani penggambaran dalam siri aksi terbaru Mission: Impossible di ibu kota London.

Beberapa netizen di media sosial meneka bahawa set penggambaran itu mungkin diadakan di tebing utara The Thames.

Beliau juga dilihat menjalani penggambaran bagi adegan bahaya di Paris, di mana beliau menunggang motosikal ke arah kereta sebelum terbang di udara, dan di Oxfordshire, di mana Cruise dilihat menggunakan payung udara pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Cruise mengalami kecederaan di set penggambaran. Semasa merakamkan Edge of Tomorrow pada tahun 2014, beliau hampir-hampir terlibat dalam kemalangan selepas pelakon Emily Blunt memandu laju dalam satu adegan. 

- Agensi berita/IM/im

Komen Anda?

Top