Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tiket konsert Britney Spears di S'pura mula dijual pada 18 Mei ini

Tiket-tiket konsert Britney Spears untuk satu malam saja di Singapura akan mula dijual pada 18 Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiket konsert Britney Spears di S'pura mula dijual pada 18 Mei ini

Ratu pop Amerika Syarikat Britney Spears. (Gambar: Facebook/ IME SG)

SINGAPURA: Tiket-tiket konsert Britney Spears untuk satu malam saja di Singapura akan mula dijual pada 18 Mei ini, menurut penganjur acara IME SG dalam satu catatan Facebook hari ini (12 Mei).

Tiket-tiket itu berharga antara S$188 hingga S$568, dan akan dijual melalui laman Hab Sukan bermula tengah hari.

Mereka yang membeli tiket Kategori 1 yang berharga S$568 akan menerima lanyard eksklusif dan tag ID, tambah IME SG.

Penyanyi pop Amerika Syarikat itu mendedahkan di akaun Facebooknya awal hari ini bahawa persembahan pada 30 Jun itu akan berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.

Tarikh itu disahkan syarikat Sony Music Singapore dalam satu tweet bulan lalu, tetapi tidak mendedahkan perincian mengenai penjualan tiket.

Beliau juga akan melakukan beberapa persembahan di Asia, termasuk Filipina pada 15 Jun dan Hong Kong pada 27 Jun.

Kali terakhir Spears yang berusia 35 tahun membuat persembahan di Singapura adalah hampir 20 tahun lalu dalam satu persembahan privet.  

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan