Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

The Voice lancarkan sesi uji bakat online di S'pura, M'sia tetapi ada satu syarat

Meskipun tawaran dibuka kepada peserta daripada semua kaum dan warga negara, "mereka harus fasih dalam bahasa Mandarin dan boleh mempersembahkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin", menurut satu kenyataan media StarHub.

Anggaran Waktu Membaca:
The Voice lancarkan sesi uji bakat online di S'pura, M'sia tetapi ada satu syarat

Poster rancangan The Voice versi Singapura/Malaysia.

Diterbitkan : 10 May 2017 10:01PM Dikemas Kini : 10 May 2017 10:02PM

SINGAPURA: Sesi uji bakat bagi rancangan adu bakat The Voice di Singapura dan Malaysia dibuka bagi para peserta yang berpotensi.

StarHub mengumumkan bahawa mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas sudah boleh memohon untuk menyertai rancangan berkenaan.

Meskipun tawaran dibuka kepada peserta daripada semua kaum dan warga negara, "mereka harus fasih dalam bahasa Mandarin dan boleh mempersembahkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin", menurut satu kenyataan media StarHub.

Para peserta juga harus menyertakan rakaman video mereka menyanyi dan klip itu tidak boleh melebihi 90 saat.

Lagu dalam bahasa dialek seperti Cantonese atau Hokkien tidak dibenarkan.

Selain daripada itu, tiada larangan terhadap bahasa atau jenis muzik yang dipilih, dan para permohon boleh memilih untuk menyanyi secara berkumpulan tanpa iringan muzik atau memainkan alat muzik, tambah kenyataan media itu. Bernyanyi diiringi muzik yang telah dirakam tidak dibenarkan.

VERSI THE VOICE INI 'BERDISKRIMINASI'?

Para peminat rancangan itu meluahkan di Facebook dan Twitter tentang peraturan versi The Voice Singapura dan Malaysia - sebagai berdiskriminasi.

The Voice versi Singapura dan Malaysia diterbitkan bersama syarikat mm2 Entertainment, StarHub dan Astro.

Dalam satu kenyataan media kelmarin (9 Mei)mm2 menyatakan bahawa "setiap pasaran perlu memastikan bahasa khusus yang akan digunakan".

The Voice, yang mempunyai pelbagai versi di merata dunia, diterbitkan dalam pelbagai bahasa meliputi bahasa Belanda hingga ke Korea, dan juga Inggeris.

Seorang jurucakap menambah para penerbit memutuskan format bahasa Mandarin itu "berdasarkan penilaian bahawa ia adalah yang paling sesuai secara komersil".

Pemuzik Singapura Bani Haykal yang pernah memenangi beberapa anugerah memberi pendapat beliau dalam beberapa catatan Twitter.

Beliau menarik perhatian bahawa The Voice versi ini, "akhirnya... ia mengenai potensi mengeksport bakat itu".

Beliau menambah para peserta yang bernyanyi dalam bahasa Inggeris mungkin harus bersaing dalam pasaran Australia, Amerika atau Britain - dan berdepan dengan persaingan yang sengit. Maka, rancangan seperti The Voice versi ini mencari bakat yang "boleh menyertai pasaran awam Cina," ujar Encik Haykal. 

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan