Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

The Script kembali lagi; adakan konsert di S'pura pada 2018

Kugiran 'rock' dari Ireland, The Script, akan kembali mengadakan konsert di Stadium Tertutup Singapura. Kali ini pada 12 April 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
The Script kembali lagi; adakan konsert di S'pura pada 2018

The Script umumkan konsert di Singapura pada April 2018. (Gambar: Facebook/The Script)

Diterbitkan : 30 Oct 2017 04:15PM Dikemas Kini : 30 Oct 2017 04:22PM

SINGAPURA: Kugiran 'rock' dari Ireland, The Script, akan kembali mengadakan konsert di Stadium Tertutup Singapura. Kali ini pada 12 April 2018.

The Script membuat pengumuman tentang konsert itu hari ini (30 Oktober). Ia adalah sebahagian daripada konsert jelajah Freedom Child untuk mempromosikan album studio kelimanya.

Dua 'single' daripada album terbarunya sudahpun dilancarkan - 'Rain' dan 'Arms Open'.

Kugiran itu juga akan membuat persembahan di Manila, Hong Kong dan Taipei pada tahun depan, menurut pihak penganjur Midas Promotions.

The Script yang dianggotai Danny O'Donoghue, Mark Sheehan dan Glen Power sebelum ini pernah mengadakan konsert di Singapura pada tahun 2015.

Kelima-lima albumnya sudah mendahului carta di Ireland. Selain itu, The Script juga melancarkan beberapa lagu popular yang menjadi 'hit' termasuk "Breakeven" dan "The Man Who Can't Be Moved".

Tiket akan dijual mulai 13 November pada 10.00 pagi dan boleh dibeli di cawangan-cawangan Hab Sukan di semua cawangan SingPost.  

Sumber : CNA/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan