Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tayangan gala drama SR115 terima sambutan positif

Malam Selasa anda dihangatkan lagi dengan drama 'Sci-Fi' baru yang penuh misteri dan aksi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Malam Selasa anda dihangatkan lagi dengan drama 'Sci-Fi' baru yang penuh misteri dan aksi.

SR115, drama terbitan terbaru Suria bersama Papahan Films mula disiarkan 9.30 malam ini.

Tayangan gala episod pertamanya berlangsung semalam di Cathay Cineleisure, Orchard, dan mendapat respons amat positif.

Drama tersebut mengisahkan tentang pesawat yang hilang 30 tahun dahulu, yang tiba-tiba mendarat di tanah air.

Misteri atau tragedi? Itulah persoalan yang diketengahkan dalam SR115.

Dibintangi pelakon-pelakon seperti Paul Foster, Farhana M Noor dan Syarif, drama yang menerima arahan kreatif M. Raihan Halim ini menjanjikan pengalaman menonton yang berbeza buat para penggemar drama tempatan.

Pengarah kreatif dan penerbit SR115, M. Raihan Halim berkata: "SR115 berlainan dengan siri-siri yang lain kerana ia mempunyai ciri-ciri misteri, drama dan juga 'thriller'. Lain sikit daripada Firasat yang lebih kepada 'action thriller'. Jadi dalam siri ini kita mempunyai cerita-cerita yang penuh cereka sains tapi penuh emosi juga."

Encik Raihan turut berkongsi bahawa SR115 ini adalah hasil ilham pasukannya dan juga minat beliau mengikuti siri drama genre 'Sci-Fi' yang penuh emosi.

(Gambar-gambar: Mediacorp Suria/ Facebook)

Pendekatan yang berbeza ini turut membawa kesan positif kepada para pelakon yang ada daripadanya pertama kali terlibat dalam drama sebegini.

Pelakon Farhana M. Noor turut berkongsi: "Saya selalunya mendapat watak macam dalam cerita Bunga Tanjong ataupun Kelab J, saya dapat wanita-wanita yang menari saja ataupun asyik kena pukul suami saja. Jadi kali ini pula, saya harus beraksi. Jadi itulah satu-satunya cabaran saya harus mengatasi."

Pelakon Paul Foster juga memberikan pendapat: "Ia adalah satu cerita yang menarik dan dibarisi para pelakon handal. Gambar-gambarnya sangat cantik dan ada lapan epsiod tetapi setiap episod dikhaskan untuk satu watak.

"Jadi anda harus menonton kesemua epsiod untuk tahu apa yang berlaku kepada cerita itu. Kami semua berkaitan tetapi kami tidak tahu bagaimana. Anda harus mengikutinya untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku."

Episod pertama SR115 disiarkan 9.30 malam ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan