Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Tayangan Beauty and the Beast ditangguhkan buat tempoh masa belum dipastikan di M'sia

Tarikh pengeluaran filem Disney yang sudah lama dinanti-nantikan, Beauty and the Beast, ditangguhkan buat tempoh masa yang belum dipastikan di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Tayangan Beauty and the Beast ditangguhkan buat tempoh masa belum dipastikan di M'sia

(Gambar: Laman Facebook Disney)

Diterbitkan : 13 Mar 2017 10:28PM Dikemas Kini : 13 Mar 2017 10:29PM

KUALA LUMPUR: Tarikh pengeluaran filem Disney yang sudah lama dinanti-nantikan, Beauty and the Beast, ditangguhkan buat tempoh masa yang belum dipastikan di Malaysia.

Demikian menurut pawagam-pawagam utama negara itu hari ini (13 Mei). Filem tersebut awalnya dijadualkan mula ditayangkan di Malaysia pada Khamis ini (16 Mac).

Dalam catatan di Facebook, Golden Screen Cinemas menyatakan ia akan memberi bayaran balik kepada pelanggan yang sudahpun membeli tiket bagi filem itu, serta bagi acara-acara yang berkaitan dengannya.

TGV Cinemas juga sudah menurunkan senarai tayangan bagi filem Beauty and the Beast dan memberikan maklumat tentang cara mendapatkan bayaran balik di lamannya.

"Akibat keadaan-keadaan yang tidak dijangkakan, pengeluaran filem Beauty and the Beast sudah ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diumumkan nanti," menurutnya.

KONTROVERSI UNSUR 'GAY'

Penangguhan itu disebabkan oleh "semakan dalaman", menurut pengedar filem The Walt Disney Co (Malaysia) kepada The Star menerusi emel. Syarikat itu tidak mengulas lanjut tentang sebab ia ditangguhkan ataupun tarikh baru pengeluaran filem itu, lapor akhbar Malaysia itu.

Beauty and the Beast adalah filem versi baru bagi filem animasi klasik Disney tersebut, yang merupakan filem animasi yang pertama dicalonkan bagi Anugerah Akademi Filem Terbaik pada 1991.

Ia dibintangi Emma Watson yang membawa watak Belle, seorang gadis yang jatuh cinta dengan Sang Raksasa, yang dimainkan Dan Stevens. Luke Evans pula membawak watak jahat, Gaston.

Filem itu baru-baru ini menarik perhatian ramai kerana menampilkan watak gay pertama dalam sebuah filem Disney. Dalam filem itu, teman Gaston, LeFou, dijangka jatuh cinta dengan Gaston.

LeFou, yang dimainkan Josh Gad, akan mempunyai "detik gay yang eksklusif", kata pengarah Bill Condon dalam wawancara di Britain.

Ini dilaporkan menyebabkan Rusia mengenakan had usia terhadap filem itu - hanya penonton berusia 16 tahun ke atas dibenarkan menonton filem itu di panggung wayang.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan