Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Syafiq Yusof dinobat pengarah terbaik Anugerah Profima 2017

Pengarah filem 'Desolusi' Syafiq Yusof dinobatkan Pengarah Filem Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) 2017 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Isnin (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Syafiq Yusof dinobat pengarah terbaik Anugerah Profima 2017

Syafiq Yusof dinobatkan Pengarah Filem Terbaik pada Majlis Anugerah Profima 2017. (Gambar: Petikan skrin dari Youtube)

Diterbitkan : 07 Nov 2017 11:06AM Dikemas Kini : 07 Nov 2017 11:25AM

KUALA LUMPUR: Pengarah filem 'Desolasi' Syafiq Yusof dinobatkan Pengarah Filem Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) 2017 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Isnin (6 Nov).

Penerbit 'Polis Evo' Joel Soh pula merangkul Anugerah Penerbit Filem Terbaik bagi membolehkan beliau membawa pulang trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Fauzi Ayob. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak merasmikan majlis itu. Turut hadir Presiden Profima Khir Mohd Noor.

Sementara itu, Anugerah Drama Siri Televisyen terbaik digondol Natseven TV Sdn Bhd (ntv7) menerusi drama bertajuk 'Beautiful World' manakala Telemovie Terbaik juga dimenangi ntv7 melalui 'The Missing Menu'. 

Kategori Dokumentari Terbaik pula dirangkul Metropolitan TV Sdn Bhd melalui ‘A New Journey Season'.

Di majlis itu, tiga individu menerima Anugerah Tokoh Profima 2017 iaitu ahli akademik Prof Dr Asiah Sarji, Ketua Pegawai Eksekutif Monspace Multinational Corp Datuk Seri Jessy Lai dan Presiden Point College, Yoki Chin sebagai menghargai sumbangan mereka dalam merancakkan industri filem tanah air.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan