Images
  • gerenti
    Pelakon Nurul Aini dalam drama komedi Kathy Gerenti. (Gambar: Mediacorp Suria)

Suria dapat 5 pencalonan Anugerah Televisyen Asia 2017

SINGAPURA: Saluran Suria sekali lagi menerima sebanyak lima pencalonan dalam kategori persembahan bagi Anugerah Televisyen Asia 2017 (ATA 2017). Ia sekaligus menyamai jumlah pencalonan tertinggi yang pernah diraih Suria bagi ATA tahun lalu.

Suria menerima lima pencalonan tahun lalu dengan Jeff Catz mencatat sejarah setelah berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik bagi drama khas, Bunga Tanjung. Ia merupakan kemenangan pertama Suria dalam ATA.


(Pelakon Hasnul Rahmat dalam drama 7 Hari. Gambar: Mediacorp Suria) 

Tahun ini pula, pelakon mapan Hasnul Rahmat menerima pencalonan bagi Pelakon Terbaik Lelaki dalam Watak Utama bagi drama 7 Hari, terbitan Eaglevision Mediacorp.


(Aleeyah Nabilah dalam drama 7 Hari. Gambar: Mediacorp Suria)

Turut dicalonkan dalam drama 7 Hari adalah Aleeyah Nabilah bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Wanita.

Sani Hussin pula menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi drama Firasat 2 yang diterbitkan Papahan Films.


(Sani Hussein dalam drama Firasat 2. Gambar: Mediacorp Suria)

Tidak kurang menarik, dua pelakon wanita Singapura iaitu Nurul Aini dan Siti Khalijah turut menerima pencalonan bagi kategori Persembahan Komedi Terbaik oleh Pelakon Lelaki/Wanita.

Nurul Aini dicalonkan bagi drama komedi Kathy Gerenti, diterbitkan Mediacorp Eaglevision sementara Siti Khalijah pula bagi drama Sekuriti, dihasilkan Grid Media. 

(Poster drama komedi Sekuriti. Gambar: Mediacorp Suria)

Kategori ini pernah dimenangi pelawak Singapura, iaitu Suhaimi Yusof pada tahun 2011, bagi lakonannya dalam siri Noose.

Anugerah Televisyen Asia ke-22 akan berlangsung pada 30 November dan 1 Disember 2017 di Suntec Singapore.  

- BERITAMediacorp/fa

Komen Anda?

Top