Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sufi Rashid bertegas kekasih tidak kawal kerjaya

Penyanyi, Sufi Rashid, menafikan kebanyakan keputusan mengenai perjalanan kerjaya seninya dikawal oleh teman wanita beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Sufi Rashid bertegas kekasih tidak kawal kerjaya

Penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid. (Gambar: Sufi Rashid/Facebook)

Diterbitkan : 08 Oct 2017 03:37PM Dikemas Kini : 08 Oct 2017 03:43PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sufi Rashid, menafikan kebanyakan keputusan mengenai perjalanan kerjaya seninya dikawal oleh teman wanita beliau.

Artis kelahiran Singapura itu menjelaskan dalam wawancara bersama Berita Harian Malaysia (BHM) bahawa teman wanitanya seringkali memberikan pendapat berhubung pakaian beliau ketika membuat persembahan pentas, namun tidak sewenang-wenangnya mencampuri urusan kerjayanya.

"Dia seorang gadis yang baik dan tidak masuk campur dalam urusan kerjaya saya. Cuma sekadar memberikan perspektif mengenai gaya ketrampilan.

"Saya tidak tahu bagaimana boleh timbul isu teman wanita mengawal perjalanan kerjaya pula. Malah, dia juga tidak mempunyai latar belakang dalam bidang nyanyian. Jadi, rata-rata keputusan diserahkan kepada saya.

"Kami juga baru saja berkawan sekitar setahun lebih dan belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Masih banyak yang perlu saya capai, terutama dalam bidang nyanyian," katanya kepada BHM.

Penyanyi berusia 26 tahun itu mengulas mengenai perkara berkenaan ketika ditemui di majlis sidang media sebaik saja berakhir konsert Akademi Fantasia (AF) Megastar,baru-baru ini.

Sufi, yang muncul sebagai pemenang 'Star of the Week' selama dua minggu berturut-turut hasil undian peminat, tersingkir daripada pertandingan apabila mendapat markah terendah berbanding lapan bintang yang masih bersaing, iaitu 18.8 peratus.

Dalam perkembangan terkini, menurut BHM, Sufi bakal tampil dengan single berjudul Aku Sendiri ciptaan bakat baru, Haqiem Rusli.

"Lagu ini sangat istimewa kerana ia dicipta mengikut cita rasa saya, selain menjadi sambungan kepada lagu Aku Sanggup," katanya.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan