Images
  • Siti Nurhaliza
    Siti Nurhaliza. (Gambar: CTDK/Instagram)

Siti Nurhaliza tahu 'kehilangan' dirinya buat peminat rindu

KUALA LUMPUR: Penyanyi kesayangan ramai Siti Nurhaliza sedar dirinya dirindui para peminat setelah beliau 'menghilangkan' diri seketika dari dunia seni.

Menerusi gambar terbaru yang dimuat naik ke laman Instagram, pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak yang juga kakak ipar penyanyi itu menjelaskan 'misteri' kehilangan tersebut, lapor laman Berita Harian Malaysia Online.

Pelbagai andaian timbul setelah Siti Nurhaliza memutuskan untuk berehat sementara daripada bidang nyanyian, termasuk keadaan dirinya yang dikatakan sedang hamil.

Menurut Cik Rozi, Siti tahu dirinya dirindui ramai peminat.

"Janganlah menghakimi beliau kerana empunya diri berhak untuk memilih masa untuk dirinya," tulis Rozi seperti yang dipetik Berita Harian Malaysia Online.

TANGKIS TANGGAPAN POPULARITI SITI MERUDUM

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya itu Cik Rozi juga menangkis tanggapan sesetengah pihak kononnya populariti Siti Nurhaliza sudah merudum dan beliau tidak lagi relevan dalam industri hiburan hanya kerana penyanyi yang diuruskannya memilih untuk berehat seketika.

"Selepas lebih 21 tahun berbakti dan mengabdikan (diri) tanpa meninggalkan kerjayanya lebih daripada sebulan, beberapa ketika dia memilih untuk berehat. Tempoh 21 tahun bernisbah hanya beberapa bulan," katanya.

Begitupun, dalam tempoh berehat berkenaan, penerima tujuh kali trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH, itu baru-baru ini sempat juga merakamkan video muzik single ketiganya, Aku Bukan Malaikat.

Video muzik lagu ciptaan komposer Indonesia, Opick, daripada album terbaru beliau, SimetriSiti, itu juga sudah pun dilancarkan di laman YouTube Vevo Siti Nurhaliza, lapor BH Malaysia Online.

- Agensi berita/NK/nk

Komen Anda?

Top