Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza kini hamil 4 bulan

Sah! Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza kini hamil 4 bulan

Siti Nurhaliza. (Gambar: Instagram/ Siti Nurhaliza)

Diterbitkan : 13 Oct 2017 10:51PM Dikemas Kini : 13 Oct 2017 10:53PM

KUALA LUMPUR: Sah! Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil.

Pengesahan itu dibuat oleh Siti Nurhaliza sendiri menerusi satu pengumuman secara langsung di laman Instagram Live dan YouTube beliau malam ini tadi (13 Okt). Pihak media juga diundang dalam sesi di kediaman beliau di Ampang, Selangor itu.

Menurut Siti, seperti ditukil Astro Awani, kandungan beliau sudah berusia empat bulan.

Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti selepas majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup di kediamannya yang dikongsi bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa orang anak mereka.

Sebelum itu, kira-kira jam 8.45 malam, Siti memuat naik catatan di Instagram untuk memberitahu tentang pengumuman tersebut.

Menerusi sesi 'live' tersebut, beliau juga berkata beliau akan membantu wanita yang senasib dengan dirinya.

Siti juga berkata, seperti dipetik Astro Awani, beliau akan berehat dari kerjaya nyanyiannya walaupun ada beberapa komitmen yang perlu dipenuhinya.

Spekulasi sudah mula bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu tentang kehamilannya, tetapi beliau enggan menidak atau mengiyakannya.

Siti mendirikan rumahtangga dengan usahawan, Khalid kira-kira 11 tahun lalu dalam satu acara gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan