Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siri TV realiti 'Steady Lah!' gariskan kepelbagaian, ikatan kemasyarakatan

Sebuah rancangan televisyen realiti baru di Saluran 5 Mediacorp, 'Steady Lah!', akan menunjukkan bagaimana hubungan sesama masyarakat terjalin di Singapura, serta meraikan kepelbagaian.

Anggaran Waktu Membaca:
Siri TV realiti 'Steady Lah!' gariskan kepelbagaian, ikatan kemasyarakatan

Selebriti tempatan Rosalyn Lee dan Bobby Tonelli akan menghoskan rancangan 'Steady Lah!.

Diterbitkan : 18 Mar 2017 08:18PM Dikemas Kini : 18 Mar 2017 08:20PM

SINGAPURA: Sebuah rancangan televisyen realiti baru di Saluran 5 Mediacorp, 'Steady Lah!', akan menunjukkan bagaimana hubungan sesama masyarakat terjalin di Singapura, serta meraikan kepelbagaian.

Siri terdiri daripada lapan episod itu akan menyaksikan selebriti-selebriti tempatan, Rosalyn Lee atau dikenali sebagai Rozz dan Bobby Tonelli, mengemukakan cabaran-cabaran kepada dua warga asing setiap minggu untuk menguji pengetahuan mereka tentang gaya hidup Singapura dan sama ada mereka dapat menyesuaikan diri dengan gaya hidup di sini.

Cabaran-cabaran itu termasuk menjadi pemandu pelancong, pekerja sosial atau penjaja Singapura selama sehari, belajar tentang seni tempatan dan kegiatan sukan serta cara memastikan bandar ini bersih dan terus menghijau.

"Rancangan ini memaparkan pelbagai perkara dan tempat di Singapura, yang mungkin tidak pernah dialami sesetengah penduduk tempatan," menurut kenyataan media.

Rancangan tersebut dibawakan kepada para penonton oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), dengan kerjasama Mediacorp dan The Moving Visuals.

"Kami sentiasa meneroka cara-cara baru untuk memupuk kesefahaman dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain di kalangan masyarakat yang kian rencam di Singapura," kata Cik Karen Tan, pengarah kanan di divisyen perhubungan awam di MCI.

"Ini pertama kali kami hasilkan siri TV realiti. Kami berharap rancangan ini dapat memupuk sikap perpaduan lebih tinggi menerusi lebih banyak perkongsian pengalaman tentang cara kami hidup, bekerja dan bermain."

'Steady Lah!' akan mengadakan tayangan perdananya pada 28 Mac di Saluran 5 Mediacorp, dan disiarkan setiap Selasa, 8.00 malam hingga 8.30 malam sehingga 16 Mac.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan