Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siapa antara 4 finalis akan dinobatkan juara Anugerah 2017?

Pertandingan Anugerah 2017 sampai ke kemuncaknya malam ini (21 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pertandingan Anugerah 2017 sampai ke kemuncaknya malam ini (21 Mac).

Selain diadakan buat pertama kalinya di kampus baru Mediacorp, pertandingan tahun ini juga menawarkan hadiah lebih besar berbanding tahun-tahun sudah.

Siapakah di antara empat finalis yang akan dinobatkan juara Anugerah 2017? BERITAMediacorp ke belakang tabir untuk membawakan persiapan akhir pertandingan gilang gemilang itu.

Setelah enam tahun menyepi, pertandingan Anugerah kembali dengan lebih meriah. Para peserta yang terpilih melalui sesi ujibakat diberi bimbingan sepanjang perjalanan mereka, oleh pemenang Anugerah 2005 Hyrul Anuar dan penggubah muzik Syawal Kassim.

Dan malam ini bakal menyaksikan empat finalis - Liwani Izzati, Mohd Shahfiq, Syakirah Noble dan Nor Shafiq - berentap buat kali terakhir, untuk merebut wang tunai S$20,000, kontrak rakaman, dan sebuah trofi.

Liwani berkata: "Saya akan buat yang terbaik malam ini. Tak kisah menang atau kalah, saya redha kerana ini semua rezeki."

Mohd Shahfiq pula berkata: "Saya rasa sama, gementar, tetapi sedikit tenang, kerana saya tak rasa seperti ini pertandingan tetapi seperti sebuah persembahan."

"Ini bukan sahaja malam penentuan bagi siapa yang menang, tetapi ini malam terakhir sebagai keluarga Anugerah ini. Jadi saya akan lakukan yang terbaik dan saya ingin berseronok malam ini," kata Syakirah.

Ujar Nor Shafiq pula: "Shafiq akan membawakan lagu rancak, suatu yang mencabar untuk Shafiq, jadi Shafiq berharap semua akan berjalan dengan lancar insya-Allah."

Selain format baru dan dipentaskan di set yang baru, para penganjur juga melihat peningkatan dari segi kaliber para peserta tahun ini.

Ketua Eaglevision, Sabariah Ramilan berkata: "Saya rasa rata-rata peserta-peserta rancangan Anugerah kali ini lebih bersedia. Mereka kebanyakannya adalah pelajar-pelajar muzik, dan saya rasa dengan adanya pendedahan muzik sebagai latar belakang, mereka lebih bersedia menghadapi cabaran dihadapi pada siri ini."

Malam penentuan nanti juga akan lebih istimewa, dengan kehadiran artis-artis jemputan seperti Sufi Rashid, Dayang Nurfaizah, Aisyah Aziz, Maiya Rahman dan Iskandar Ismail. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan