Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shila Amzah bertunang, rancang berkahwin tahun depan

Penyanyi terkenal, Shila Amzah dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya semalam (3 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Shila Amzah bertunang, rancang berkahwin tahun depan

Shila Amzah semasa majlis pertunangannya bersama Haris Idraki. (Gambar: Instagram/shahilaamzah)

Diterbitkan : 04 Nov 2017 02:26PM Dikemas Kini : 04 Nov 2017 02:30PM

MALAYSIA: Penyanyi terkenal, Shila Amzah dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya semalam (3 Nov).

Artis berusia 27 tahun itu mengumumkan pertunangannya dengan Haris Idraki, 28 tahun, di kediaman keluarga Shila di Cheras, lapor The Star.

Haris yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London, juga pernah menjadi seroang wartawan.

Khabar angin tentang pertunangan Shila mula tersebar di laman media sosial apabila artis yang mencipta nama di China itu memuat naik gambar-gambar di Instagram.

Pasangan tersebut turut dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan