Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sheikh Muszaphar dapat bayi kembar, kongsi tarikh lahir sama

Kegembiraan berganda buat angkasawan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut kelahiran cahaya mata kembar pagi semalam pada tarikh yang sama dengan hari jadinya, 27 Julai, menurut laman Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Sheikh Muszaphar dapat bayi kembar, kongsi tarikh lahir sama

Dr Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama anak kembarnya. (Gambar: Instagram / drsheikhmuszaphar)

Diterbitkan : 30 Jul 2017 11:48PM Dikemas Kini : 31 Jul 2017 07:39PM

MALAYSIA: Kegembiraan berganda buat angkasawan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut kelahiran cahaya mata kembar pada tarikh yang sama dengan hari jadinya, 27 Julai, menurut laman Astro Awani.

Kedua-dua bayi lelaki kembarnya dilahirkan isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos secara normal.

Sheikh Muszaphar, 45, turut memuat naik foto kedua-dua bayi kembarnya di akaun Instagram peribadinya pada hari yang sama.

"Terima kasih atas ucapan semua. Alhamdulillah, bayi kembar kami memilih untuk melihat dunia hari ini.

"Kami bersyukur atas kelahiran kedua-dua cahaya mata kami pada pukul 10.05 pagi," tulis Sheikh Muszaphar, menukil laman Astro Awani.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 itu mempunyai dua anak perempuan Sophea Isabella dan Sophea Natasha. 

Trying to bond with the twins ... It fascinates me on how much they look so alike . Am truly enjoying every moment of parenthood .

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan