Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin kini ibu bapa kepada bayi lelaki

Pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki kira-kira jam 10.00 pagi hari ini (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Shaheizy Sam, Syatilla Melvin kini ibu bapa kepada bayi lelaki

Pasangan pelakon ini selamat mendapatkan cahaya mata mereka yang pertama. (Gambar: @samtilla/Instagram)

Diterbitkan : 09 May 2017 10:09PM Dikemas Kini : 09 May 2017 10:18PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki kira-kira jam 10.00 pagi hari ini (9 Mei).

Berita gembira itu dikongsi bersama suaminya, Shaheizy Sam, melalui laman Instagram @samtilla, yang bersyukur dengan kehadiran cahaya mata mereka, lapor laman Astro Awani.

Ibu mertua Syatilla, Khaty Fauziah, turut berkongsi gambar bersama menantunya itu sebelum memasuki bilik bersalin, dengan kapsyen: "Alhamdulillah. Selesai sudah. Hari ini 9.05.2017 lahirnya seorang insan lelaki #samjunior. Tahniah anakanda Shaheizy Sam dan Syatilla."

Syatilla juga sempat berkongsi sekeping gambar dalam Instagramnya bersama suaminya, ketika berada di dalam bilik bersalin, lapor Astro Awani.

"30 minit yang lepas. Alhamdulillah syukur ya Allah!! Thank you sayang @shaheizy_sam," ujar kapsyen.

Syatilla dan Saheizy mendirikan rumah tangga Februari tahun lalu, menurut Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan