Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shah Rukh Khan merajuk gara-gara 'gurauan nakal' di padang pasir

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menjadi marah seketika apabila mendapat tahu 'musibah' yang melanda dirinya rupa-rupanya hanyalah satu 'gurauan nakal'.

Anggaran Waktu Membaca:
Shah Rukh Khan merajuk gara-gara 'gurauan nakal' di padang pasir

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 06 Jun 2017 10:53PM Dikemas Kini : 06 Jun 2017 11:11PM

MESIR: Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menjadi marah seketika apabila mendapat tahu 'musibah' yang melanda dirinya rupa-rupanya hanyalah satu 'gurauan nakal'.

Menerusi satu rakaman video, SRK dilihat terperangkap di dalam pasir jerlus bersama seorang wanita.

Kedua-dua bertambah panik sedang seekor biawak komodo gergasi menghampiri mereka.

Biawak gergasi itu sebenarnya kostum yang dipakai oleh Ramez Galal, seorang pelakon komedi yang juga pengacara rancangan Ramez Underground.

Sebaik mendapat tahu semua yang berlaku sebenarnya satu gurauan, SRK naik berang.

“Ini tak kelakar. Kamu ingat saya datang jauh dari India untuk ?!%^$% ini?," kata SRK kedengaran berang.

Menurut laporan laman Hidustan Times, SRK begitu marah malah hampir menumbuk Galal.

SRK berada di kawasan gurun di Dubai untuk diwawancara oleh seorang pengacara televisyen, Nishan, yang turut berlakon dalam 'gurauan' tersebut.

Pemandu yang membawa mereka berdua seolah-olah hilang imbangan dan terperangkap dalam pasir jerlus.

Kereta itu kemudian tenggelam dan mereka bertiga memerlukan pertolongan.

Galal berkali-kali meminta maaf kepada SRK namun pelakon itu tetap enggan bercakap dengannya.

Galal bagaimanapun tidak berputus asa lalu terus bercakap sebelum SRK menolaknya sehingga jatuh dan seolah-olah mahu melepaskan satu penumpuk, lapor Hindustan Times.

Menyedari SRK masih marah kepadanya, Galal mula mendendangkan salah sebuah lagu dari filem lakonan SRK, 'Marjani Marjani' sehingga pelakon itu akhirnya menguntum senyuman namun masih enggan menerima permohonan maaf Galal.

Pelakon komedi itu turut memuat naik gambar beliau dengan SRK di laman Twitter namun tidak dapat dipastikan sama ada ia dipetik sebelum atau selepas 'gurauan nakal' tersebut.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan