Images
  • sesame street
    Julia, watak baru Sesame Street. (Gambar: 60 Minutes/ Twitter)

Sesame Street tangani isu autisme dengan perkenalkan watak "Julia"

WASHINGTON: Rancangan televisyen kanak-kanak Sesame Street memperkenalkan watak baru bernama Julia yang mengalami autisme, menurut pencipta rancangan tersebut dalam rancangan 60 Minutes CBS News pada Ahad (19 Mac).

Diagnosis autisme semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan satu bagi setiap 68 kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalaminya, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Episod yang memperkenalkan Julia itu turut menyelitkan beberapa senario biasa.

Apabila Big Bird diperkenalkan kepada Julia, ia tidak mempedulikannya. Tetapi apabila sekumpulan kanak-kanak bercadang untuk bermain bersama-sama, Julia berasa sangat seronok sehingga melompat keriangan.

"Itu adalah antara perkara yang dilalui oleh kanak-kanak yang mengalami autisme," kata penulis Sesame Street, Christine Ferraro.

Rancangan tersebut turut melakukan kajian mendalam bagi watak-watak lain, termasuk konsultasi dengan para pendidik dan pakar psikologi kanak-kanak.

Ini juga dilakukan dengan pertubuhan-pertubuhan autisme bagi memahami cara terbaik untuk mewujudkan keserasian di kalangan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak lain.

Wanita di sebalik watak Julia, Stacey Gordon, juga merupakan seorang ibu kepada anak lelaki yang mengalami autisme.

- AFP/im

Komen Anda?

Top
>