Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Selepas 3 kali khatam Quran, sudah masa ingat mati kata Rosyam Nor

Selepas lima tahun belajar mengaji, penerbit dan pelakon Malaysia Rosyam Nor berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas 3 kali khatam Quran, sudah masa ingat mati kata Rosyam Nor

Penerbit dan pelakon mapan Malaysia Rosyam Nor. (Gambar: Instagram/Rosyam Nor)

Diterbitkan : 04 Mar 2017 05:42PM Dikemas Kini : 04 Mar 2017 05:43PM

KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun belajar mengaji, penerbit dan pelakon Malaysia Rosyam Nor berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu.

Beliau berkata, pencapaiannya itu juga disifatkan sebagai hadiah terbaik sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50 pada 1 Mac lalu, menurut laporan mStar Online.

"Alhamdulillah selepas lima tahun saya belajar mengaji bermula dengan membaca Iqra saya berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu.

"Sebelum ini saya pernah khatam sendiri sebanyak dua kali ketika mengerjakan Umrah di Mekah pada bulan Ramadan.

"Saya anggap khatam buat kali ketiga ini adalah hadiah bermakna bagi diri saya bersempena dengan sambutan hari lahir saya yang ke-50 baru-baru ini," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Rosyam pernah mendedahkan beliau tidak pandai mengaji sehingga usianya mencecah 45 tahun.

Tambah Rosyam, beliau kini sedang mempelajari bahasa Arab daripada seorang ustaz bagi mendalami dan memahami isi kandungan kitab itu.

"Saya tidak mahu setakat pandai baca Al-Quran dan khatam tetapi ingin memahami bahasa kitab itu sendiri dan sebab itu saya belajar daripada ustaz yang pakar dalam bidang itu.

"Saya sebelum ini sudah cukup berasa malu kerana tidak pandai membaca Al-Quran dan kini apabila ada peluang untuk belajar saya memang tidak akan lepaskan," ujarnya kepada mStar Online.

Bercakap mengenai sambutan hari jadinya yang ke-50, Rosyam berkata, beliau tidak mempunyai sebarang sasaran namun mengakui sudah sampai masanya dia sentiasa mengingati mati.

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan