Images
  • selena raisa
    Selena Gomez bersama rakannya yang mendermakan beliau ginjal yang sihat. (Gambar: Selena Gomez/Instagram via AP)

Selena Gomez jalani pemindahan ginjal akibat penyakit lupus

NEW YORK: Bintang Hollywood Selena Gomez baru-baru ini menjalani pemindahan ginjal daripada pelakon televisyen Francia Raisa akibat penyakit lupus, dedah Selena pada Khamis (14 Sep).

Beliau mendedahkan dalam satu catatan Instagram yang disahkan oleh pegawai seranta beliau bahawa beliau kurang muncul sejak kebelakangan ini kerana sedang pulih daripada prosedur itu. 

Selena yang berusia 25 tahun menyifatkan pemindahan berkenaan sebagai "sesuatu yang diperlukan untuk kesihatan keseluruhannya".

Gambar yang dimuat naik tidak mendedahkan keadaan Selena sekarang atau di mana atau bila prosedur itu dijalankan.

Pegawai beliau juga enggan mendedahkan lebih banyak maklumat.

Selena menulis "tiada perkataan yang boleh menggambarkan" bagaimana beliau boleh mengucapkan terima kasih kepada Raisa, yang menurutnya memberi "hadiah dan pengorbanan paling unggul dengan mendermakan ginjalnya".

Gambar yang dimuat naik di akaun Instagram Selena menunjukkan beliau dan Raisa memegang tangan sambil berbaring di katil hospital bersebelahan dan juga satu lagi gambar parut di bahagian perut Selena.

Raisa yang berusia 29 tahun dan paling dikenali memainkan watak dalam siri drama The Secret Life of the American Teenager di saluran ABC Family.

Pegawai seranta Raisa tidak membalas permintaan untuk mendapatkan komen dengan segera semalam.

Selena mendedahkan penyakit lupusnya pada 2015 dan berehat daripada kerjaya beliau pada tahun lalu untuk menangani keresahan, panik dan kemurungan disebabkan penyakit yang dialaminya itu.

Lupus adalah sejenis penyakit autoimun, di mana tubuh tanpa sengaja menyerang tisu-tisu dan ada kalanya ginjal juga.

Satu ginjal yang sihat diperlukan untuk merawat penyakit tersebut, jadi satu pemindahan ginjal boleh menghuraikan masalah itu, kata Ketua Pegawai Perubatan Rangkaian Bersatu bagi Perkongsian Organ Dr David Klassen, yang mengendalikan sistem pemindahan organ di Amerika Syarikat. 

- AP/RU/ru

Komen Anda?

Top