Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Saya masih sayangkan dia," kata Bella, isteri Aliff Aziz

Meskipun kisah rumah tangga mereka hangat diperkatakan, namun Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz, mengakui tidak terfikir untuk mengakhiri perkahwinan yang belum setahun dibina itu.

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya masih sayangkan dia," kata Bella, isteri Aliff Aziz

Aliff Aziz bersama isteri, Bella Astillah. (Gambar: Bella Astillah/Instagram)

Diterbitkan : 29 Jul 2017 11:13PM Dikemas Kini : 29 Jul 2017 11:15PM

KUALA LUMPUR: Meskipun kisah rumah tangga mereka hangat diperkatakan, namun Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz, mengakui tidak terfikir untuk mengakhiri perkahwinan yang belum setahun dibina itu.

Bercakap kepada portal mstar Online, Bella berkata, apa yang dilakukan suaminya pada hari kejadian adalah tidak disengajakan.

Bella juga menafikan kata-kata netizen yang menuduh Aliff suami yang baran dan sering memukulnya.

"Dia tidak sengaja mencederakan saya.

"Saya masih sayangkan dia, dia suami yang baik dan bapa yang bertanggungjawab," kata Bella.

Wanita berusia 23 tahun itu menganggap krisis yang melanda rumah tangganya kini adalah angkara orang ketiga dan percaya semuanya boleh diselesaikan dengan baik.

Aliff sudahpun dibebaskan dengan jaminan polis pada pagi Sabtu (29 Jul).

Dalam kejadian Khamis lalu (27 Jul), Aliff dilaporkan mencederakan Bella ketika satu pertengkaran di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Pertengkaran itu dikatakan berlaku selepas Bella mendapat tahu suaminya berdua-duaan di pusat hiburan berkenaan dengan seorang wanita.

Pasangan itu berkahwin September tahun lalu, dan Bella melahirkan anak sulung mereka, Mohamad Ayden Adrean, 8 Julai lalu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan