Sanif Olek hasilkan filem pendek 'Homecoming' dalam 4 hari
Apa yang membuat anda melihat Singapura sebagai tanah air anda?
SINGAPURA: Apa yang membuat anda melihat Singapura sebagai tanah air anda?
Tiga pembuat filem tempatan dicabar menghasilkan filem pendek dalam tempoh singkat untuk membawa penonton meneroka dan merenung kembali persoalan ini.
Antara mereka termasuk Sanif Olek yang pernah mewakili Singapura bagi Anugerah Academy Hollywood.
Meskipun diberi hanya empat hari untuk menghasilkan filem bertemakan tanah air kita, beliau berjaya menghasilkan filem pendek bertajuk 'Homecoming'.
Filemnya mengisahkan perjalanan berliku seorang lelaki yang baru dibebaskan setelah 16 tahun meringkuk di penjara.
Filem ini dibintangi wajah-wajah baru televisyen iaitu Norisham Osman, sebagai watak utama, di samping Zulfadli Rashid.
Karya Sanif Olek ini disiarkan pada Jumaat (11 Ogos) jam 9.30 malam di saluran 5 dalam siri On The Red Dot.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.