Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Salman Khan bakal adakan konsert di M'sia selepas sedekad

Selepas hampir 10 tahun, superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 14 April ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC).

Anggaran Waktu Membaca:
Salman Khan bakal adakan konsert di M'sia selepas sedekad

Salman Khan. (Gambar fail: Indranil Mukherjee/AFP)

Diterbitkan : 01 Apr 2017 11:54AM Dikemas Kini : 01 Apr 2017 11:55AM

KUALA LUMPUR: Selepas hampir 10 tahun, superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 14 April ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC).

Pelakon dan penerbit dari India berusia 51 tahun yang sering membawa watak utama dalam beberapa filem seperti Sultan, Dabang dan Bajrangi Bhaijaan dijangka akan memberikan persembahan menakjubkan dalam konsert 'Da-Bangg The Tour - Live In Malaysia' yang dibawakan oleh GHC Solutions Sdn Bhd.

Pengerusi GHC Solutions Datuk Geethanjali G berkata Salman akan menjelajah bersama bintang Bollywood lain seperti koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

"Tiket berharga RM111 (S$35), RM333 (S$105), RM555 (S$175), RM777 (S$245), RM999 (S$315) dan RM2,222 (S$701) boleh dibeli menerusi RedTix secara dalam talian di www.AirAsiaRedtix.com," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Malaysia merupakan pembuka tirai kepada konsert jelajah itu sebelum meneruskannya di Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne sebagai lokasi terakhir.

Konsert itu akan melibatkan 100 orang terdiri daripada penari dan pemuzik dari India dan Malaysia. 

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan