Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Roslan Shah kecewa, "reputasi tercalar kerana Datuk Vida"

Pengacara Roslan Shah menyuarakan rasa kecewanya apabila pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir pada majlis yang bakal berlangsung di Singapura hujung bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Roslan Shah kecewa, "reputasi tercalar kerana Datuk Vida"

Dato' Seri Vida. (Gambar: Facebook Dato Seri Vida)

Diterbitkan : 22 Apr 2017 10:55PM Dikemas Kini : 22 Apr 2017 10:56PM

PETALING JAYA: Pengacara Roslan Shah menyuarakan rasa kecewanya apabila pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir pada majlis yang bakal berlangsung di Singapura hujung bulan ini.

Menurut Roslan, 47 tahun, pembatalan itu menjejaskan reputasi dan nama baik beliau kepada pihak penganjur yang mahu Datuk Seri Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida hadir untuk menyampaikan ceramah, lapor laman mStar.

"Saya terkilan kerana iklan dan poster yang menguar-uarkan tentang kehadiran Datuk Vida pada majlis itu sudah pun dinaikkan.

"Malah, saya sudah pun mengatur sesi promosi dan temuramah dengan sebuah radio di sana pada 29 April ini. Apa yang saya kecewa dia tidak menjawab mesej dan telefon saya untuk menjelaskan situasi berkenaan untuk saya terangkan kepada penganjur,"ujarnya kepada mStar Online.

Menurut Roslan lagi, Datuk Vida sudahpun mengesahkan kehadirannya untuk ke 'The Grand Wedding Expo' di Singapura yang akan berlangsung pada 28 April hingga 1 Mei nanti.

Sekalipun begitu, tidak ada sebarang perjanjian bertulis antara mereka berdua.

Namun menurut Roslan, sebagai kawan lama, beliau menganggap perbuatan Datuk Vida itu sebagai tidak profesional.

"Kami tiada perjanjian hitam dan putih tapi saya ada mesej-mesej dia sebagai bukti yang dia sudah berjanji untuk datang. Saya tiada niat memburukkan dia tapi sebagai kawan lama yang mengenalinya sejak lebih lapan tahun, saya rasa sungguh sedih.

"Pihak penganjur pastinya memberi tanggapan buruk kepada saya selepas ini," ujarnya.

DATUK VIDA MOHON MAAF

Dalam pada itu, Datuk Vida yang dihubungi mStar Online mengakui tentang isu tersebut dan memohon maaf.

Datuk Vida berkata beliau mempunyai alasan tersendiri membatalkan jemputan itu.

Menurut beliau, pihaknya sudahpun mengirimkan permohonan maaf secara rasmi kepada pihak penganjur tentang kegagalannya menghadiri acara berkenaan.

"Saya minta maaf dan mengakui saya sudah bersetuju pada awalnya kerana Roslan menghubungi saya sendiri dan sebagai kawan sudah tentu saya mahu datang.

"Tapi bila pengurus saya menyusul jadual, majlis itu bertindih dengan perkara yang lebih penting, yang tidak boleh saya beritahu. Namun, saya sudah berjanji kepada pihak penganjur untuk menyertai majlis itu pada masa akan datang," ujarnya.

Datuk Vida menambah, ketiadaannya tidak menjejaskan majlis yang akan turut dihadiri artis-artis terkenal.

"Majlis itu ramai artis yang turut serta dan jika saya tidak datang pun tidak jadi masalah untuk mereka meneruskannya," ujarnya.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan