Skip to main content

Iklan

Iklan

RIA 89.7FM ingin jadi lebih interaktif sempena ulang tahun ke-26

Stesen radio tempatan RIA 89.7FM ingin menjadi satu saluran yang lebih interaktif bagi mereka yang berusia dari lingkungan 15 hingga 29 tahun sempena ulang tahun mereka yang ke-26 pada 1 Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
RIA 89.7FM ingin jadi lebih interaktif sempena ulang tahun ke-26

Sambutan ulang tahun RIA 89.7FM ke-26 diwarnai dengan persembahan barisan bakat muda setempat serta penyanyi Rossa. (Gambar: Ria 89.7FM/ Facebook)

BERITAMediacorp: Stesen radio tempatan RIA 89.7FM ingin menjadi satu saluran yang lebih interaktif bagi mereka yang berusia dari lingkungan 15 hingga 29 tahun sempena ulang tahun mereka yang ke-26 pada 1 Disember.

Salah satu daripada usaha mereka adalah untuk lebih melawat sekolah-sekolah agar para pelajar dapat mendekati DJ-DJ dan lebih mempelajari tentang balik tabir dunia penyiaran radio.

Demikian menurut Pemangku Pengarah Program RIA 89.7FM, Penyiaran Melayu Mediacorp, Aura Shai, selepas acara sambutan ulang tahun itu hari ini.

Menurut beliau, langkah ini perlu diambil bagi menghadapi cabaran generasi ‘Snapchat’ yang inginkan pencernaan maklumat yang padat.

Malah, sambutan ulang tahun RIA 89.7FM yang ke-26 kali ini juga penuh bermakna bagi stesen radio tersebut.

Aura Shai memberitahu BERITAMediacorp: “DJ kami Fiza O baru melahirkan cahaya matanya yang kedua dan Dzar Ismail juga sedang menunaikan ibadah umrah. Kami rapat seperti sebuah keluarga dan sudah mencapai pelbagai kejayaan bersama-sama."

Bakat muda tempatan menikmati hidangan mereka.

BUKAN SEKADAR STESEN RADIO

Farhan Shah menghiburkan para hadirin di Kaw Kaw Sg.

Antara yang membuat persembahan ialah ARUS Band, Didicazli, Haqim Mokhtar, Farhan Shah dan Sunny Jackson.

Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa, membuat penampilan khas selama setengah jam.

“Kami berharap agar kami dapat sentiasa berhubung dengan para pendengar melalui wadah Facebook atau menerusi panggilan. Anggaplah kami seperti keluarga dan bukan sekadar sebuah stesen radio,” kata Aura Shai kepada BERITAMediacorp.

Puan Zakiah Halim dan mantan DJ RIA Suharti Ali turut dijemput bagi sesi pemotongan kek.

Sambutan selama dua jam itu juga diakhiri dengan sesi pemotongan kek.

Acara itu turut dirakam di Facebook Live dan dapat didengar secara langsung melalui stesen RIA 89.7 FM. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan