Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Remy Ishak bertunang dengan ahli perniagaan

Pelakon Remy Ishak selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof, semalam (1 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Remy Ishak bertunang dengan ahli perniagaan

Pelakon Remy Ishak bersama tunangnya, Ezza Yusof. (Gambar: Ridzuan Ramli/ Instagram)

Diterbitkan : 02 May 2017 10:30AM Dikemas Kini : 02 May 2017 10:31AM

KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof, semalam (1 Mei).

Dalam petikan laporan Berita Harian Malaysia (BHM), Remy, 35 tahun, turut memohon agar peminatnya mendoakan kebaikan untuk beliau.

"Alhamdulillah, terima kasih. Ya, saya sudah bertunang. Semuanya OK, doakan yang baik-baik ya," katanya ringkas, ketika diminta mengulas mengenai kesahihan dirinya bergelar tunang orang.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinan mereka, bintang drama Cik Serba Tahu itu enggan mengulas lanjut, menurut laporan BHM.

Malah, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Ezza di akaun Instagramnya yang turut mendoakan supaya hubungannya dengan Remy bahagia hingga ke akhir hayat.

Difahamkan, majlis pertunangan itu, seperti ditukil laporan BHM, berlangsung di kediaman bakal isterinya di Pahang.

Di majlis tersebut, Ezza turut menggayakan baju berwarna ungu muda, manakala Remy memakai kemeja rona biru. 

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan