Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ratu Bollywood, Kajol, minat berlakon filem M'sia jika skrip menarik

Ratu Bollywood, Kajol Ajay Devgan tidak menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Malaysia jika skripnya baik dan menarik.

Anggaran Waktu Membaca:
Ratu Bollywood, Kajol, minat berlakon filem M'sia jika skrip menarik

Kajol. (Gambar: Kajol/Instagram)

Diterbitkan : 29 Jul 2017 07:40PM Dikemas Kini : 29 Jul 2017 07:43PM

KUALA LUMPUR: Ratu Bollywood, Kajol Ajay Devgan tidak menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Malaysia jika skripnya baik dan menarik.

Heroin filem Dilwale yang berusia 43 tahun itu berkata sebagai seorang pelakon, beliau lebih mementingkan skrip sesebuah filem yang ingin dibintanginya.

"Skrip saya adalah hero saya dan itulah yang lebih penting. Sudah tentu ya (mahu berlakon), jika ada peluang,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan teaser filem baru lakonannya Velai Illa Pattadhari 2 (VIP2) versi Hindi di Jalan Masjid India pada Khamis (27 Jul).

Bintang sensasi Bollywood yang muncul semula dalam filem Tamil selepas 20 tahun tidak berlakon, diiringi oleh hero filem tersebut Dhanush Kasthuri Raja dan pengarahnya R.Soundarya yang merupakan anak kepada super star filem Tamil, Rajinikanth.

Kajol turut melahirkan rasa terharunya dengan sambutan yang diberikan oleh kira-kira 2,000 peminatnya yang membanjiri kawasan Masjid India seawal pukul 4.00 petang.

Peminat yang merangkumi pelbagai bangsa bersorak sebaik sahaja Kajol dan Dhanush melangkah masuk ke kawasan tersebut.

Dhanush yang terkedu seketika apabila melihat sambutan peminat Malaysia turut meluahkan perasaan gembira dan yakin filem VIP 2 itu akan pecah panggung.

Beliau juga turut menyanyikan sebuah lagu Tamil berjudul 'Valkai Thedi' atas permintaan peminat yang hadir.

Sementara itu Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedar filem itu di Malaysia berkata pengedaran dan promosi filem tersebut di negara ini adalah untuk membawa masuk lebih ramai pelancong ke Malaysia melalui industri perfileman.

"Inisiatif ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan negara melalui aliran mata wang dari negara luar," katanya.

Abdul Malik yang juga penerbit bersama filem lakonan Rajinikanth bertajuk ‘Kabali’ turut berhasrat untuk membawa lebih banyak filem Tamil dan Hindi ke Malaysia bagi tujuan penggambaran.

VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014 yang akan ditayangkan di layar perak dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Hindi dan Telegu pada Ogos ini.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan