Images
  • joanna dong
    Penyanyi Singapura Joanna Dong.

Rakyat Singapura muncul tempat ketiga dalam pertandingan menyanyi di China

SINGAPURA: Penyanyi jazz Singapura, Joanna Dong berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan menyanyi Sing! China pada Ahad (8 Okt).

Selain Dong, anak murid bintang Mandopop Jay Chou, penyanyi lain yang mara ke peringkat akhir adalah Zhaxipingcuo dari pasukan Liu Huan, Doris Guo Qin dari pasukan Na Ying serta Xiao Kaiye dan Ye Xiaoyue dari pasukan Eason Chan.

Guo dan Zhaxipingcuo berjaya ke peringkat akhir selepas Dong disingkirkan. Zhanxipingcuo kemudian menjadi juara dengan mendapat undi yang tertinggi daripada panel seramai 101 orang dan juga para penonton.

Dalam pertandingan semalam (8 Okt), setiap finalis menyanyikan duet dengan jurulatih mereka bagi pusingan pertama dan lagu solo bagi pusingan kedua.

Dong dan Chou mendendang medley lagu Chou pada 2001 Love Simple dan The Top of The World Carpenters bagi persembahan duet mereka. Mereka mendapat undian yang paling banyak selepas pusingan pertama.

Dong menyanikan lagu Applause dari Feng Fei Fei bagi pusingan seterusnya, sebelum disingkir keluar pertandingan tersebut.

Dong, 35 tahun, merupakan rakyat Singapura yang kedua untuk mara ke peringkat akhir pertandingan bernyanyi China itu selepas Nathan Hartono, yang menjadi naib juara musim lalu. 

- CNA/FA/fa

Komen Anda?

Top