Images
  • biennale
    Seniman Sarah Choo Jing di hadapan karya beliau yang dipamerkan di acara Venice Biennale. (Gambar: Genevieve Loh)

Rakyat S'pura selain Zai Kuning turut harumkan nama negara di Venice Biennale 2017

VENICE: Astaka Singapura di edisi ke-57 acara Venice Biennale dilancarkan di tempat bersejarah, Arsenale, pada Rabu (10 Mei).

Seniman pelbagai disiplin Zai Kuning menampilkan kapal gergasinya yang dibuat daripada rotan.

Namun Zai yang berusia 52 tahun bukanlah satu-satunya seniman Singapura yang menyertai salah satu platform kesenian paling berprestij dan penting di dunia itu.

Para seniman dan kurator Singapura yang lain juga akan mengharumkan nama negara di Biennale di tempat lain, yang diadakan sehingga 26 November.

Bulan depan, kurator dan penerbit Singapura yang berpangakalan di London, Annie Kwan, menjadi antara 10 kurator dipilih untuk Forum Kurator Antarabangsa, akan membawa karya persembahan seniman Singapura Boedi Widjaja dan Lynn Lu sebagai sebahagian daripada program diberi nama MAP (Pergerakan x Arkib x Persembahan) Waterways di Venice, dengan kerjasama "Pavilion Diaspora".

Rakyat Singapura Yeo Chee Kiong akan menampilkan arca luar bangunan beliau di Giardini Marinaressa, sementara rakyat Singapura yang berpangkalan di London Erika Tan akan mempamerkan karya videonya The Forgetten Weaver, juga di "Pavilion Diaspora".

Sarah Choo Jing, seorang seniman pelbagai disiplin berusia 27 tahun dan seorang guru seni di Sekolah Tinggi Nanyang Girls, mempamerkan video diberi nama Art of the Rehearsal di pameran "Personal Structure", yang dihoskan Pusat Kebudayaan Eropah dan dianjurkan Yayasan GAA, sebuah pertubuhan tidak mencari untung Belanda. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top