Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Raisa – artis jelita yang tidak menjaja kisah cinta di laman sosial

Penyanyi jelita dari Indonesia, Raisa, dalam diam-diam merakamkan lagu klip video di Sweden baru-baru ini, iaitu lagu hits balada terkini beliau berjudul Usai Di Sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Raisa – artis jelita yang tidak menjaja kisah cinta di laman sosial

Penyanyi jelita dari Indonesia, Raisa. (Gambar: Instagram/Raisa)

Diterbitkan : 09 Mar 2017 11:31PM Dikemas Kini : 09 Mar 2017 11:38PM

BERITAMediacorp: Penyanyi jelita dari Indonesia, Raisa, dalam diam-diam merakamkan lagu klip video di Sweden baru-baru ini, iaitu lagu hits balada terkini beliau berjudul Usai Di Sini.

Raisa yang dihubungi BERITAMediacorp menerusi panggilan jauh ke Jakarta baru-baru ini mengatakan: “Sebenarnya, ingin suasana yang berbeda dan belum pernah ke Sweden. Yang pasti ada “look” yang berbeda."

Beliau tidak menafikan, setiap klip video untuk lagu-lagu hits beliau yang pernah dirakamkan sebelum ini masing-masing mempunyai “ciri khas yang tersendiri yang bisa diingatkan tentang klip itu”. Maka itulah, latar Sweden menjadi pilihan kali ini.

Demikian perkembangan terbaru dari penyanyi putih manis itu.

Bukan setakat mampu menyanyi dengan baik, Raisa yang popular menerusi lagu-lagu hits beliau seperti Kali Kedua, Percayalah (duet bersama Afgan), Pameran Pertama dan Mantan Terindah mampu juga menghasilkan melodi lagu-lagu yang “berhantu” untuk album beliau sendiri.

IKATAN RAISA DENGAN AFGAN

Kalau diimbas kembali, kemenangan penyanyi papan atas itu di Anugerah Planet Muzik (APM) anjuran Radio Mediacorp pada tahun lepas untuk kategori Penyanyi Wanita Terbaik dan Duo Terbaik bersama Afgan merupakan kenangan manis bagi beliau memandangkan itulah kali pertama beliau membuat persembahan di pentas APM.

Lagu duet tersebut berjudul Percayalah yang menjadi OST filem London Love Story diterima baik di Indonesia sehingga berjaya memperolehi penghargaan triple platinum tahun lepas.

Ini adalah satu pencapaian yang luarbiasa bagi seseorang artis. Pasangan duet ini dilihat begitu serasi dan ‘cocok’ apabila berduet. Raisa dan Afgan sebenarnya pernah menuntut di sekolah menengah yang sama namun ketika itu mereka belum saling mengenali dengan dekat seperti sekarang ini. Dedah Raisa kepada BERITAMediacorp.

“Dia (Afgan) “senior” saya. Saya menyanyi lebih kerap dari dia. Kita kenal gitu aja. Orangnya suka bergaul, santai dan ketawa-ketawa terus,” kongsi Raisa.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Raisa adalah pasangan duet yang begitu serasi dengan Afgan sepertimana terbukti menerusi Percayalah.

“Pengaruh muzik kami sama. Cara kami bernyanyi pun sama. Kita memang suka muzik yang sama jadi bila kita duet cocok banget,” ujar Raisa.

RAISA MUDAH KETAWA, MUDAH MELELEH AIR MATA

Atas keserasian penyanyi bergelar pelakon itu, Raisa juga ghairah untuk bekerjasama dengan Afgan lagi pada masa-masa akan datang sekiranya ada kesempatan untuk berduet dengan Afgan sekali lagi. Cuma buat masa sekarang ini, mereka sibuk dengan promosi album masing-masing.

“Aku kepingin banget kalau ada kesempatannya karna kita punya cara nyanyian yang sama, nyaman banget untuk bikin lagu,” katanya.

Kekuatan penyanyi yang pernah mengadakan konsert solonya di Singapura sebelum ini seakan lebih menjurus kepada lagu-lagu balada. Gadis periang ini mengakui, jiwanya sememangnya sentimental.

Terangnya baru-baru ini: “Ya memang aku lebih banyak terinspirasi kalau moodnya lagi “mellow”. Kalau aku tulis lagu lebih ke arah soul dan lebih emosional. Kebetulan, memang pendengar-pendengar aku lebih tertarik kalau dengar lagu-lagu yang lembut.”

Jiwa sentimental Raisa itulah yang mudah membuatnya terkesan dan menangis apabila menonton filem sedih rupa-rupanya.

“Aku gampang menangis.Kalau aku menonton filem pasti aku akan cerita pada teman-temanku, filem itu bagus banget, aku menangis,” kongsinya sambil tertawa.

PROJEK BESAR RAISA UNTUK 2017?

Beliau mempunyai prinsip sendiri apabila berkongsi mengenai kisah peribadinya di laman sosial khususnya mengenai kisah cinta. Lebih selesa untuk tidak menjaja kisah cintanya di laman sosial meskipun jika dilabel sebagai ‘a private person’.

(Gambar-gambar: Instagram/Raisa)

Kata Raisa: “Iya sih, aku ‘private person” (ketawa). Mengenai kisah cinta aku, jika kamu lihat di Instagram aku, kamu akan lihat apa yang berlaku dalam hidup aku. (ketawa). Tapi itu saja,aku tidak akan berbicara mengenainya selalu.

“Jika aku di khalayak ramai, aku akan bercakap mengenai karya-karya aku.Tapi iya, sedikit sebanyak apabila seseorang itu sedang bercinta, mereka ingin semua orang tau.Cuma ada batasnya.”

Tahun 2017 akan memperlihatkan sebuah projek besar untuk penyanyi popular itu. Namun beliau tetap ingin merahsiakan dulu buat masa ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan