Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pukul wanita dengan besi, pelakon Lydiawati didenda RM4,000

Pelakon Malaysia, Lydiawati hari ini (11 Jun) dikenakan denda RM4,000 (S$1,300) atau dipenjara 14 bulan kerana mencederakan seorang peniaga wanita rakyat Brunei.

Anggaran Waktu Membaca:
Pukul wanita dengan besi, pelakon Lydiawati didenda RM4,000

Pelakon Lydiawati. (Gambar: Facebook Lyd Saimon)

Diterbitkan : 11 Jun 2017 03:51PM Dikemas Kini : 11 Jun 2017 03:53PM

MALAYSIA: Pelakon Malaysia, Lydiawati hari ini (11 Jun) dikenakan denda RM4,000 (S$1,300) atau dipenjara 14 bulan kerana mencederakan seorang peniaga wanita rakyat Brunei.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Majistret Halinda A Raof ke atas Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 1 tahun setelah dia menukar pengakuan kepada bersalah bagi pertuduhan tersebut, lapor Bernama.

Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Sharifah Harnizam Wan Musa, 43 tahun, dengan memukul mangsa menggunakan besi di sebuah hotel di Ampang pada pukul 6.30 petang, 24 Mac tahun lalu.

Sebelum ini, Lydiawati yang diwakili peguam Fatimah Zahrah Ramli merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda yang ringan dengan alasan wanita itu merupakan ibu tunggal dua anak da tidak mempunyai pendapatan tetap, lapor Astro Awani.

Sekalipun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

"Mahkamah perlu memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri," katanya seperti yang ditukil Astro Awani.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian ketika mangsa berada di tempat kejadian, beliau didatangi Lydiawati yang secara tiba-tiba memukulnya dengan sebatang besi sehingga menyebabkan mangsa patah jari kelingking serta cedera dengan kesan lebam dan luka di tangan kanan.

Pada 25 Mac tahun lalu, Lydiawati memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita dalam akaun Facebook miliknya sehingga menjadi viral.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan