Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Power Rangers akan ditayangkan di M'sia tanpa ditapis sama sekali

 Filem Power Rangers akan ditayangkan di Malaysia dengan rating PG13 tanpa ditapis sama sekali, menurut Lembaga Penapisan Filem Malaysia hari ini (22 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Power Rangers akan ditayangkan di M'sia tanpa ditapis sama sekali

Para pelakon yang membintangi filem Power Rangers di Los Angeles. (Gambar: Kevin Winter/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 22 Mar 2017 04:02PM Dikemas Kini : 22 Mar 2017 04:04PM

KUALA LUMPUR: Filem Power Rangers akan ditayangkan di Malaysia dengan rating PG13 tanpa ditapis sama sekali, menurut Lembaga Penapisan Filem Malaysia hari ini (22 Mac).

Pengarah urusan lembaga itu, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp. Ini selepas terdapat desas-desus bahawa filem itu mungkin akan diharamkan atau ditapis akibat watak yang dilaporkan akan mempersoalkan seksualitinya.

Pemeriksaan oleh Mediacorp hari ini mendapati bahawa tiada tiket bagi filem tersebut sedang dijual sekarang ini oleh sekurang-kurangnya dua pawagam utama di Malaysia, meskipun tayangan perdananya dijadual diadakan esok.

TGV Cinemas menyatakan filem tersebut sedang menjalani semakan, oleh itu waktu tayangan belum disenaraikan. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan