Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

PM Najib Razak ziarah seniman Jins Shamsuddin yang sedang uzur

PM Najib dalam catatan di laman Facebooknya berkata beliau amat menghormati tokoh seni itu yang juga bekas anggota Dewan Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Najib Razak ziarah seniman Jins Shamsuddin yang sedang uzur

PM Malaysia Najib Razak meluangkan masa melawat seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin. (Gambar: Facebook/Najib Razak)

Diterbitkan : 30 Aug 2016 08:45PM Dikemas Kini : 30 Aug 2016 08:49PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini (30 Ogos) meluangkan masa melawat seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin yang sedang uzur di rumahnya.

PM Najib dalam catatan di laman Facebooknya berkata beliau amat menghormati tokoh seni itu yang juga bekas anggota Dewan Negara.

"Saya dahulu membesar bersama karya-karya beliau. Beliau kini mengalami penyakit Alzheimer. Sama-sama kita doakan agar beliau sentiasa dalam lindungan Allah SWT," kata PM Najib.

Dalam catatan itu, PM Najib memuat naik sekeping foto menunjukkan beliau bersama-sama Jins yang berusia 81 tuan, yang turut ditemani isteri Puan Sri Halijah Abdullah dan dua anak mereka, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.  

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan