Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peserta Miss Universe muslimah di Britain pakai kaftan, bukan bikini

Minggu ini, seorang muslimah yang mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Universe Great Britain mencatat sejarah.

Anggaran Waktu Membaca:
Peserta Miss Universe muslimah di Britain pakai kaftan, bukan bikini

Muna Jama, peserta Muslimah yang memakai kaftan dalam acara memakai bikini. (Gambar: ms_munajama)

Diterbitkan : 07 Aug 2017 12:15AM Dikemas Kini : 07 Aug 2017 12:19AM

BRITAIN: Minggu ini, seorang muslimah yang mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Universe Great Britain mencatat sejarah.

Muna Jama melakukan satu keputusan yang berat iaitu beliau tidak akan bertanding dalam bahagian pakaian mandi pertandingan tersebut, jika beliau harus mengenakan bikini. Ini dibuat atas sebab-sebab keagamaan.

Beliau memberitahu Metro UK: "Jika saya tidak akan memakai bikini ke pantai, saya tidak akan memakainya untuk pertandingan hanya untuk meraih mata sahaja."

Selepas berbincang dengan ketua-ketua pertandingan tersebut, mereka memutuskan bahawa Muna Jama boleh memakai pakaian tertutup jika beliau mahu.

Kebenaran itu bermakna, Muna Jama adalah wanita pertama untuk memakai kaftan bagi acara bikini pertandingan itu.

Menurut laman Teenvogue, beliau kelihatan cantik memakainya.

Selain mengenakan kaftan yang berwarna-warni, beliau juga memakai "choker" dan anting-anting.

Di laman Instagramnya, Muna membincangkan tentang detik yang amat bersejarah itu. Menukil laman teenvogue, beliau berkata: "Detik ini membuktikan bahawa saya boleh lakukan apa sahaja yang saya mahukan jika saya memberikan tumpuan, dan keterbatasan hanyalah satu status yang menunggu untuk diubah. Saya berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya dan percaya dengan visi saya."

Menurut laman itu juga, ramai yang meninggalkan komen yang menyokong tindakannya itu dan merangsangkan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan