Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Personaliti popular TV3, Mahadzir Lokman kelihatan semakin sihat

Datuk Mahadzir Lokman merungkai pengalaman semasa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan paru-paru semalam (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Personaliti popular TV3, Mahadzir Lokman kelihatan semakin sihat

Dato Mahadzir Lokman dikatakan kini berada dalam keadaan kritikal. (Gambar: dmlokman/Instagram)

Diterbitkan : 02 Oct 2017 12:28PM Dikemas Kini : 02 Oct 2017 12:40PM

KUALA LUMPUR: "Saya diberi ujian kesakitan yang hanya Allah tahu."

Itulah kata-kata personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman yang merungkai pengalaman semasa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan paru-paru semalam (1 Okt).

"Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat doa semua pihak, saya diberi kesihatan yang sempurna kembali.

"Saya diberi ujian kesakitan yang hanya Allah tahu," katanya melalui rakaman video yang dikongsi adiknya, Danial Lokman kepada BH Malaysia (BHM) Online.

Melalui rakaman itu, Mahadzir yang duduk di kerusi bersebelahan katil, tampak mula bertenaga dan lancar mengucapkan kata-kata terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

Mahadzir yang sudah dipindahkan ke wad biasa, turut meluahkan rasa terkilan mendengar berita kononnya beliau sudah meninggal dunia, menjadi viral.

Sementara itu, Danial memberitahu BHM Online bahawa abangnya dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, abang semakin sihat. Namun, beliau perlu menjalani beberapa rawatan untuk memastikan dirinya benar-benar sembuh.

"Abang juga sudah boleh makan seperti biasa," katanya apabila ditemui BH Onlilne.

Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.

Beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.

Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan dirinya sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.


Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan