Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Personaliti Mahadzir Lokman sudah sedar daripada koma

Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman sedar daripada koma hari ini sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Ahad lalu (24 Sept).

Anggaran Waktu Membaca:
Personaliti Mahadzir Lokman sudah sedar daripada koma

Dato Mahadzir Lokman dikatakan kini berada dalam keadaan kritikal. (Gambar: dmlokman/Instagram)

Diterbitkan : 27 Sep 2017 07:09PM Dikemas Kini : 27 Sep 2017 07:11PM

KUALA LUMPUR: Pengacara dan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman sedar daripada koma hari ini sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Ahad lalu (24 Sept).

Adiknya, Danial Lokman berkata Mahadzir kini boleh bercakap dan peka namun masih di bawah pemerhatian rapi doktor untuk rawatan lanjut.

“Perkataan pertama beliau adalah ‘tolong minta sesiapa bawakan pijama dan berus gigi saya ke hospital ya’,” kata Danial dalam kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.

Mahadzir, yang berusia 60 tahun, dibawa ke hospital awal Ahad selepas keluarganya menemui beliau tidak sedarkan diri di kediamannya berikutan pelbagai komplikasi akibat penyakit darah tinggi dan diabetes yang dihidapinya. 

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan