Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pereka baju Taylor Swift taja baju Aishah bagi konsert ke-3 Gegar Vaganza

Pereka fesyen terkenal Amir Kadir akhirnya terpilih untuk menaja busana yang bakal diperagakan oleh Aishah untuk konsert ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) malam ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pereka baju Taylor Swift taja baju Aishah bagi konsert ke-3 Gegar Vaganza

Amir Kadir akhirnya terpilih untuk menaja busana yang bakal diperagakan oleh Aishah.

Diterbitkan : 12 Nov 2017 11:28AM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 11:38AM

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal Amir Kadir akhirnya terpilih untuk menaja busana yang bakal diperagakan oleh Aishah untuk konsert ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) malam ini.

Menurut Astro Awani, Amir yang pernah bermastautin di Dubai dan Kuwait selama 16 tahun sebelum ini pernah menghasilkan busana untuk artis Hollywood seperti Taylor Swift, Paris Hilton dan Jessie J.

Bagaimanapun, Aishah masih membuka peluang kepada pereka fesyen lain untuk mempersembahkan kreativiti masing-masing.

Penyanyi Janji Manismu itu, seperti dipetik Astro Awani, mendapat kritikan teruk pada konsert kedua GV4 minggu lalu apabila menyarung busana merah yang disifatkan telah mencalar imejnya sebagai bintang legenda.

Sehubungan itu, ramai pereka fesyen tempatan yang menawarkan diri untuk menaja busana kepada Aishah sepanjang rancangan GV4.

Pada konsert kedua minggu lalu, Aishah yang mendendangkan lagu Dingin (Ziana Zain) terpaksa berpuas hati apabila menduduki tangga kelima daripada 12 peserta, seperti ditukil Astro Awani.

Minggu ini Aishah akan menyanyikan lagu Terukir Di Bintang (Yuna) sempena tema 'Berani Ke Tidak?'

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad pada jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan