Images
  • Chester
    Chester Bennington, penyanyi utama kumpulan Linkin Park. (Gambar: REUTERS/Mario Anzuoni)

Penyanyi utama Linkin Park Chester Bennington mati; dipercayai bunuh diri

LOS ANGELES: Chester Bennington, penyanyi utama kumpulan Linkin Park, dijumpai mati hari ini (20 Jul), dipercayai bunuh diri seminggu sebelum kugiran tersebut mengadakan konsert jelajah Amerika Syarikat

Bennington, yang berusia 41 tahun, amat dikenali dengan vokalnya yang hebat, mati di rumahnya di Palos Verdes, berdekatan Los Angeles, menurut pihak polis Los Angeles.

Jurucakap Brian Elias mengatakan kematian itu ditangani sebagai kes bunuh diri, dan menurut laman selebriti TMZ, yang menukil sumber pihak berkuasa, Bennington bersendirian di rumah semasa keluarganya berada di luar negara.

"Terkejut dan amat sedih, tetapi ia benar. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi sebaik sahaja kami mempunyainya," menurut anggota Linkin Park Mike Shinoda di Twitternya.

Bennington mempunyai sejarah ketagihan dadah dan arak. Beliau pernah menceritakan secara terbuka tentang cabarannya mengharungi rintangan semasa beliau melancarkan album terlaris kugiran itu "Hybrid Theory" pada tahun 2000. Ia menjadi album rock paling popular bagi generasi itu.

Bennington yang pernah berkahwin dua kali dan mempunyai enam orang anak, merupakan sahabat karib penyanyi utama Soundgarden Chris Cornell, yang juga mati akibat bunuh diri pada Mei lalu. 

- CNA/fa

Komen Anda?

Top