Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Tommy Page maut pada usia 46 tahun, dipercayai bunuh diri

Tommy Page, bintang pop yang juga seorang eksekutif muzik yang dikenali menerusi lagu 'I'll Be Your Everything' dan 'A Shoulder To Cry On', meninggal dunia pada usia 46 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Tommy Page maut pada usia 46 tahun, dipercayai bunuh diri

Tommy Page. (Gambar: FLY Entertainment)

Diterbitkan : 05 Mar 2017 02:27PM Dikemas Kini : 05 Mar 2017 02:31PM

LOS ANGELES: Tommy Page, bintang pop yang juga seorang eksekutif muzik yang dikenali menerusi lagu 'I'll Be Your Everything' dan 'A Shoulder To Cry On', meninggal dunia pada usia 46 tahun.

Page dijumpai mati pada Jumaat (3 Mac), menurut Billboard, yang melaporkan meskipun punca masih belum jelas, beberapa rakan beliau percaya kematiannya disebabkan perbuatan membunuh diri.

Page memulakan kerjaya dalam industri muzik di Sire Records setelah mengadakan mesyuarat bersama pengasasnya, Seymour Stein, yang membantu memperkenalkan nama bintang muzik lain seperti Ramones dan Madonna.

Kerjaya Page bermula setelah beliau menulis tema bagi filem komedi 'Shag' pada tahun 1989 dan menggunakan lagu dengan judul yang sama untuk melancarkan album pertama beliau.

Sekalipun begitu, beliau tidak mengecap kejayaan komersil sehinggalah album seterusnya 'Paintings in My Mind' yang turut menonjolkan lagu 'I'll Be Your Everything'.

Lagu tersebut, yang ditulis bersama New Kids on the Block dan turut menonjolkan kugiran itu, kemudian terus menduduki tangga nombor satu dalam carta muzik.

Pada tahun 1992, Page muncul sebagai dirinya sendiri dalam satu episod rancangan televisyen 'Full House' yang bertajuk 'Crushed' di mana Page mendendangkan lagu buat Stephanie Tanner (Jodie Sweetin) semasa sambutan ulang tahun ke-10 beliau.

Selepas mengeluarkan beberapa lagi album, Page bertukar angin dan menyandang jawatan sebagai seorang eksekutif di Warner Bros. Records sebelum menjadi penerbit Billboard. Beliau kemudian berkhidmat sebagai eksekutif Pandora selama dua tahun.

Page meninggalkan pasangannya, Charlie, dan tiga orang anak.

Beberapa artis dalam industri muzik melahirkan rasa dukacita mereka tentang pemergian Page di laman media sosial, termasuk Josh Groban dan penulis lagu Diane Warren.

Sumber : Reuters/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan