Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi terkenal Ben Nathan berjaya dipujuk ke hospital setelah ditemui merayau-rayau

Penyanyi lagu-lagu Melayu terkenal dari Malaysia dalam era 80-an, Ben Nathan yang sebelum ini ditemui dalam keadaan menyedihkan, merayau-rayau dan tidur di tepi jalan di Kuala Lumpur, berjaya dipujuk untuk mendapat rawatan di hospital.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi terkenal Ben Nathan berjaya dipujuk ke hospital setelah ditemui merayau-rayau

Penyanyi Malaysia era 80-an, Ben Nathan, setelah menerima ang pow. (Gambar: Petikan dari video di Facebook)

Diterbitkan : 04 Feb 2017 08:25PM Dikemas Kini : 04 Feb 2017 08:32PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu-lagu Melayu terkenal dari Malaysia dalam era 80-an, Ben Nathan yang sebelum ini ditemui dalam keadaan menyedihkan, merayau-rayau dan tidur di tepi jalan di Kuala Lumpur, berjaya dipujuk untuk mendapat rawatan di hospital.

Beliau pernah terkenal dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati dan Blues Roti Canai, serta menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 1988 bagi lagu Ilusi Satu Penantian.

Menurut akhbar Malay Mail, Ben, 54 tahun, selama ini enggan menerima bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan.

Namun kelmarin (2 Feb), Ben akhirnya pergi ke Hospital Kuala Lumpur setelah dipujuk hampir 30 minit.

Menurut Malay Mail, kisah Ben kini hidup gelandangan tersebar luas setelah sebuah video, yang menunjukkan penyanyi itu dengan rambut kusut-masai menerima ang pow daripada seorang yang tidak dikenali, menjadi viral.

Wartawan Malay Mail, Murali Arumugam, kemudian berjaya menjejaki Ben di Brickfields dan memaklumkan keluarganya. Ben enggan bertemu dengan mereka pada hari itu tetapi berjanji akan berjumpa dengan keluarganya keesokan harinya.

Encik Murali dan jurugambar Malay Mail, Hari Anggara lalu menemani Ben sepanjang malam.

Pada Khamis (2 Feb), Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk DJ Dave, kakitangan Jabatan Kebajikan Sosial dan keluarga Ben kemudian menemui Ben lalu menghantarnya ke hospital, menurut Malay Mail.

Adik Ben, P. Vashanti, 43 tahun, berkata selama bertahun-tahun, beliau dan keluarganya risau tentang Ben.

"Kami tidak mahu dia tidur dan merayau-rayau di jalanan lagi. Saya mahu abang saya kembali," katanya kepada Malay Mail.

Anak saudara Ben, S.Suguna, 33 tahun menambah keluarganya mahu Ben kembali menjalani kehidupan normal.

Datuk Dave juga memberitahu Ben: "Kami mahu membantu kamu. Kamu rakan saya. Saya mahu kamu diberi bantuan."

Setelah dipujuk hampir 30 minit, para pegawai polis tiba dan membawa Ben ke hospital, menurut Malay Mail.

Para doktor berkata Ben akan dimasukkan ke dalam hospital sekurang-kurangnya seminggu untuk pemantauan.

Berikut ini video-video muzik yang menampilkan Ben semasa zaman kegemilangannya.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan